TAIDIN SUHAIMIN ialah seorang Jurulatih Profesional Bertauliah HRD Corp Malaysia, penulis, serta penceramah motivasi yang berasal dari Sabah dengan pengalaman luas dalam mengendalikan dan menyampaikan program-program latihan dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia, termasuk di peringkat antarabangsa.
Sejak tahun 1993, ribuan peserta daripada pelbagai lapisan dan lebih daripada 250 organisasi di Asia Tenggara, khususnya Malaysia, Singapura, Brunei, serta Timur Tengah, telah mengikuti program-program yang beliau sampaikan.
Sebagai seorang penceramah dan pakar motivasi yang telah lama berkecimpung dalam bidang pembangunan sumber manusia, beliau pernah dijemput untuk menyampaikan 104 siri ceramah motivasi menerusi Rancangan Motivasi Pagi Radio Malaysia Sabah di RTM serta siri-siri ceramah motivasi dalam Rancangan Inspirasi Pagi di TV1 Malaysia.