Latar Belakang Profesional
TAIDIN SUHAIMIN


Latar belakang profesional Taidin Suhaimin - Penceramah Bertauliah - Sabah, Malaysia - Corporate Training
TAIDIN SUHAIMIN ialah seorang Jurulatih Profesional Bertauliah HRD Corp Malaysia, penulis, serta penceramah motivasi yang berasal dari Sabah dengan pengalaman luas dalam mengendalikan dan menyampaikan program-program latihan dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia, termasuk di peringkat antarabangsa.
Sejak tahun 1993, ribuan peserta daripada pelbagai lapisan dan lebih daripada 250 organisasi di Asia Tenggara, khususnya Malaysia, Singapura, Brunei, serta Timur Tengah, telah mengikuti program-program yang beliau sampaikan.
Sebagai seorang penceramah dan pakar motivasi yang telah lama berkecimpung dalam bidang pembangunan sumber manusia, beliau pernah dijemput untuk menyampaikan 104 siri ceramah motivasi menerusi Rancangan Motivasi Pagi Radio Malaysia Sabah di RTM serta siri-siri ceramah motivasi dalam Rancangan Inspirasi Pagi di TV1 Malaysia.
Latar belakang profesional Taidin Suhaimin - Penceramah Bertauliah - Sabah, Malaysia - Taidin Suhaimin

TAIDIN SUHAIMIN

Bidang-bidang Pembangunan Sumber Manusia yang beliau khususi adalah:
  • Motivasi & Pembangunan Diri
  • Pembangunan Penyelia & Kepimpinan Pasukan
  • Komunikasi, Pemasaran & Perhubungan Pelanggan

Antara tajuk buku-buku karangan beliau adalah:
  • Awakening the GIANT in You!
  • Membangunkan GERGASI dalam Diri Anda!
  • 101 Great Ways to Achieve More Every Day!
  • Effective Public Speaking & Presentation Skills
  • Motivasi, Teknik Belajar & Strategi Cemerlang Menghadapi Peperiksaan

Latar belakang profesional Taidin Suhaimin - Penceramah Bertauliah - Sabah, Malaysia

Taidin Suhaimin menyampaikan kursus latihan pembangunan perkeranian pada tahun 1995 di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Merupakan pengasas dan ketua perunding urusan UGMC beliau adalah Graduan Sains Pengurusan (Pemasaran) dari Lancaster University, England, United Kingdom serta Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Sebelum mengasaskan UGMC, beliau bertugas sebagai pegawai pembangunan pelajaran dan hal ehwal pelajar di Yayasan Sabah, sebuah badan berkanun terkemuka di Malaysia, dari tahun 1981 hingga 1993. 
Misi beliau adalah untuk menyumbang kepada pembangunan dan kejayaan diri para peserta program dengan menyajikan maklumat dalam suasana yang membangunkan minda, saling membantu, dan menyeronokkan.
Latar belakang profesional Taidin Suhaimin - Penceramah Bertauliah - Sabah, Malaysia - Taidin Suhaimin

Taidin Suhaimin menyampaikan Kursus Pengurusan Stres pada tahun 2009 di Doha, Qatar.