Artikel Motivasi, Pembangunan Diri,
Kepimpinan & Kemahiran Pengurusan
Sabah, Malaysia Training Provider
Unleashing Growth, Mastering Challenges:
UGMC is your catalyst for success!
Kekuatan Keyakinan Diri: Kunci Kejayaan dan Transformasi Hidup
Oleh Taidin Suhaimin
Sajak motivasi ini meneroka kesan mendalam terhadap terhadap keyakinan seseorang yang tidak berbelah bahagi dalam mencapai sesuatu aspirasi.
Kejayaan atau kegagalan seringkali bergantung kepada kepercayaan.
Apabila anda percaya pada sesuatu, ia menjadi kebenaran.
Jika anda percaya bahawa anda boleh berjaya, anda akan berjaya.
Ini adalah ramalan yang terwujud dengan sendirinya; anda cenderung mendapat apa yang anda harapkan.
Anda hanya dapat bertindak berdasarkan apa yang dapat anda visualisasikan.
Anda tidak boleh bertindak atas sesuatu yang di luar fikiran anda.
Jika anda sangat yakin boleh mendapatkan apa yang anda dambakan, anda akan mendapatnya.
Begitulah kuatnya keyakinan.
Minda separa sedar tidak memahami gurauan!
Jika anda terus mengatakan itu putih, maka itu akan menjadi putih.
Itulah sebabnya, jika anda fikir anda boleh, anda boleh!
Jika anda tidak mempercayai sesuatu, ia tidak akan menarik perhatian anda.
Anda pasti akan menuai imbalan jika anda sangat mendambakan apa yang anda inginkan.
Anda akan memperolehnya jika anda bertindak untuk mendapatkan apa yang anda mahukan.
Anda pasti akan berjaya jika anda terus percaya dan berusaha dengan tekun.
Insya-Allah, impian anda akan menjadi kenyataan!
19th March 2011
Since 1993, he has conducted seminars, conferences, and courses for thousands of individuals, from diplomats to primary school students, from more than 250 organizations in Southeast Asia and the Middle East.
"Keyakinan adalah kunci yang membuka pintu kejayaan. Dengan percaya pada diri, tiada halangan yang terlalu besar untuk diatasi."