Artikel Motivasi, Pembangunan Diri,
Kepimpinan & Kemahiran Pengurusan

Sabah, Malaysia Training Provider
Unleashing Growth, Mastering Challenges: 

UGMC is your catalyst for success!

7 Langkah Membina & Mencapai Matlamat

Oleh Taidin Suhaimin

7 Langkah Membina dan Mencapai Matlamat: Artikel Motivasi dan Kejayaan Diri oleh Penceramah Taidin Suhaimin, UGMC, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah atau cara-cara membina/menetapkan matlamat serta mencapai matlamat diri atau organisasi anda dengan lebih berkesan, insya-Allah.

7 Langkah Membina dan Mencapai Matlamat: Artikel Motivasi dan Kejayaan Diri oleh Penceramah Taidin Suhaimin, UGMC, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

1. Kenal Pasti Semua Keperluan & Keinginan Anda Sejelas-jelasnya

Tuliskan semua keperluan dan keinginan atau cita-cita anda yang terlintas di fikiran anda. Apabila jumlahnya menjangkau 50 hingga 100, akan timbul suatu bentuk semangat pada diri anda.


Perasaan inilah yang akan menyemarakkan semangat anda melangkah ke hadapan untuk mencapai matlamat-matlamat anda. Insya-Allah.


2. Tetapkan & Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda 

Setelah merumus dan mengenal pasti semua keperluan dan keinginan anda, susunkan mengikut keutamaan pada sehelai kertas. Ini amat penting kerana jika anda tidak berbuat demikian, cita-cita anda itu hanya akan menjadi angan-angan.


Dengan menulis ke atas kertas, cita-cita anda itu akan menjadi perkara yang amat penting bagi anda. Dengan menjadikannya suatu dokumen dan diberi perhatian, ianya akan meresap ke dalam minda separa sedar anda. Hasilnya, matlamat-matlamat anda itu akan menjadi sebahagian yang signifikan dalam hidup anda dan anda tidak akan berpuas hati selagi matlamat-matlamat anda belum tercapai.


3. Tetapkan Tarikh Pencapaian Matlamat Anda

Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat-matlamat anda itu kemudian TETAPKAN tarikh matlamat anda mesti dicapai. 


4. Lakukan Perancangan Tindakan 

RANCANGKAN tindakan-tindakan yang mesti anda lakukan untuk mencapai matlamat-matlamat anda mengikut keutamaan. Nilai semula dan lakukan pembaikan pada senarai jadual tindakan-tindakan anda dari semasa ke semasa. Ini penting untuk memastikan matlamat anda tercapai seperti yang anda tetapkan.


5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda  

Letakkan sebuah Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya.


Gambarkan imej minda yang jelas pada mata minda anda tentang kejayaan anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Lihat kejayaan dan keadaan anda yang hebat dalam studio itu.


Gambaran kejayaan dalam minda anda itu akan menjadikan motivasi diri anda sentiasa di tahap teratas. Dengan semangat berkobar-kobar itu, anda akan lebih yakin, lebih bertekad dan lebih fokus untuk mencapai matlamat anda.


6. Tangani Halangan 

Dalam melaksanakan rancangan tindakan anda, ada kalanya anda menghadapi halangan-halangan. Halangan-halangan itu mungkin berpunca dari diri anda sendiri atau dari orang lain.


Anda perlu tabah dan proaktif dalam menghadapi situasi-situasi tersebut. Antara langkah-langkah proaktif yang boleh anda lakukan untuk menangani halangan-halangan tersebut ialah:

Membuat jangkaan halangan-halangan yang mungkin anda akan hadapi dan mesti anda atasi.


Mendapat bantuan untuk mencapai matlamat anda - termasuk maklumat-maklumat, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu yang boleh membantu anda mencapai matlamat anda.


7. Sokong Usaha Anda dengan Keazaman & Tekad

Baki 90% adalah ditentukan oleh tahap keazaman dan usaha anda.


Oleh itu, sokongi RANCANGAN anda dengan KEAZAMAN (Resolve) serta SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Mantapkan semangat, fokuskan perhatian dan tenaga anda ke arah mencapai setiap matlamat yang anda telah tetapkan.


Hadapi setiap cabaran dengan tenang, berhemah dan bersemangat tinggi. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran.


Dengan diiringi doa, keazaman, usaha gigih serta disiplin yang tinggi, insya-Allah, anda akan mencapai matlamat-matlamat atau cita-cita yang anda impikan dengan jayanya.

7 Langkah Membina dan Mencapai Matlamat: Artikel Motivasi dan Kejayaan Diri oleh Penceramah Taidin Suhaimin, UGMC, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
7 Langkah Membina dan Mencapai Matlamat: Artikel Motivasi dan Kejayaan Diri oleh Penceramah Taidin Suhaimin, UGMC, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Taidin Suhaimin adalah seorang Jurulatih Bertauliah HRD Corp Malaysia, Mentor Keusahawanan, Pengarang dan Penceramah.


Beliau berpengalaman luas dalam menyampaikan program-program latihan dan ceramah-ceramah tentang Kemahiran Kepimpinan Diri & Kemahiran Pengurusan, Kemahiran Komunikasi Interpersonal serta Kemahiran Kepimpinan & Pengurusan Pasukan. 
Sejak tahun 1994, ribuan peserta daripada lebih  250 organisasi di Asia Tenggara dan Timur Tengah telah mengikuti program-program latihan dan ceramah beliau. 
7 Langkah Membina dan Mencapai Matlamat: Artikel Motivasi dan Kejayaan Diri oleh Penceramah Taidin Suhaimin, UGMC, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
7 Langkah Membina dan Mencapai Matlamat: Artikel Motivasi dan Kejayaan Diri oleh Penceramah Taidin Suhaimin, UGMC, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
7 Langkah Membina dan Mencapai Matlamat: Artikel Motivasi dan Kejayaan Diri oleh Penceramah Taidin Suhaimin, UGMC, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
7 Langkah Membina dan Mencapai Matlamat: Artikel Motivasi dan Kejayaan Diri oleh Penceramah Taidin Suhaimin, UGMC, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." Cecil B. DeMille