Artikel Motivasi, Pembangunan Diri,
Kepimpinan & Kemahiran Pengurusan

Sabah, Malaysia Training Provider
Unleashing Growth, Mastering Challenges: 

UGMC is your catalyst for success!

Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang

Oleh Taidin Suhaimin

Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri pekerja cemerlang berdasarkan sembilan abjad pertama: ABCDEFGHI. Semoga ciri-ciri pekerja cemerlang ini ada pada kita semua.

Pekerja yang cemerlang adalah impian setiap majikan. Pekerja cemerlang bukan sahaja mahir dan pakar dalam pekerjaannya tetapi juga memiliki akhlak yang mulia.


Artikel motivasi ini memaparkan sifat-sifat, ciri-ciri, kualiti-kualiti, akhlak, jati diri atau keperibadian serta identiti diri pekerja cemerlang:
A. B. C. D. E. F. G. H. I!

Berikut adalah ciri-ciri pekerja cemerlang:

Amanah

Pekerja yang cemerlang boleh dipercayai; jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ianya sentiasa bercakap benar; tidak berbohong, tidak menipu, tidak mencuri serta tidak rasuah. Ianya tahu apa itu halal & haram serta sedar bahawa setiap perbuatannya diperhatikan oleh Allah S.W.T..


Bijak

Pekerja yang cemerlang bijak menggunakan masa serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ianya sentiasa menggunakan masa kerja dan hidupnya dengan sebaik-baiknya di samping sentiasa memperbaiki dirinya sama ada dari segi sikap, pengetahuan serta kemahiran dan prestasi kerjanya.


Cergas

Pekerja yang cemerlang bijak menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosinya. Ianya bijak menjaga kualiti pemakanannya, melakukan latihan jasmani serta mendapat rehat atau tidur yang mencukupi setiap hari.


Kebijaksanaan dalam mengurus diri serta kecenderungannya melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah menjadikan dirinya seorang yang berdisiplin tinggi, sentiasa sihat, cergas serta produktif.


Dedikasi

Pekerja yang cemerlang bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.


Setiap tugasannya akan dilakukan dengan sepenuh hati dan menjalankannya dengan sebaik-baiknya selaras dengan apa yang diharapkan oleh majikan/organisasi.


Ianya sedar bahawa kerja adalah suatu ibadat.


Elok

Pekerja yang cemerlang elok dari segi penampilan diri, tutur kata, kelakuan serta tindakan-tindakannya. Ianya mempunyai perwatakan yang ceria, yakin serta senang didampingi. Ia menjauhi diri daripada perbuatan-perbuatan maksiat. Ia sedar bahawa bergelumang dengan maksiat akan menjadikan seseorang mempunyai jiwa yang resah dan tidak mendapat keberkatan Tuhan.


Keelokan peribadinya bukan sahaja disanjung majikan serta rakan-rakan sekerjanya malah oleh ahli-ahli keluarganya serta masyarakat sekeliling.


Faham

Pekerja yang cemerlang tahu tentang kepentingan mendengar. Oleh itu, ianya lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkannya lebih produktif dan disenangi ramai. Ingatannya juga lebih kuat serta sentiasa fokus dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.


Gigih

Pekerja yang cemerlang komited melakukan setiap kerja atau tugasannya. Ia sentiasa melakukan kerjanya dengan tekun dan gigih. Walau betapa sukar pun tugasan atau kerja yang perlu dilakukan, ianya tetap akan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan atau menyempurnakan amanah yang diberikan.


Hasrat

Pekerja yang cemerlang sentiasa mempunyai hasrat pada hati kecilnya untuk menjadi orang yang cemerlang dan berjaya dalam kerjaya dan kehidupannya. Hasratnya itulah yang sentiasa memotivasikan dirinya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan kerjaya serta peribadinya sekali gus kepada organisasinya.


Iman

Pekerja yang cemerlang sentiasa taat perintah Allah. Ia sentiasa berusaha selaras dengan tuntutan agama; melaksanakan apa yang disuruh (diwajibkan) dan menjauhkan apa yang dilarang. Ianya juga sentiasa mentaati majikan, peraturan-peraturan organisasi serta undang-undang negara.


Semoga kita semua memiliki ciri-ciri pekerja cemerlang tersebut.

Spacer for ciri-ciri pekerja cemerlang page.
Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri pekerja cemerlang berdasarkan sembilan abjad pertama: ABCDEFGHI. Semoga ciri-ciri pekerja cemerlang ini ada pada kita semua - Pengarang: Taidin Suhaimin

Taidin Suhaimin adalah seorang Jurulatih Bertauliah HRD Corp Malaysia, Mentor Keusahawanan, Pengarang dan Penceramah.


Beliau berpengalaman luas dalam menyampaikan program-program latihan dan ceramah-ceramah tentang Kemahiran Kepimpinan Diri & Kemahiran Pengurusan, Kemahiran Komunikasi Interpersonal serta Kemahiran Kepimpinan & Pengurusan Pasukan. 
Sejak tahun 1994, ribuan peserta daripada lebih  250 organisasi di Asia Tenggara dan Timur Tengah telah mengikuti program-program latihan dan ceramah beliau. 
Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri pekerja cemerlang berdasarkan sembilan abjad pertama: ABCDEFGHI. Semoga ciri-ciri pekerja cemerlang ini ada pada kita semua.
Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri pekerja cemerlang berdasarkan sembilan abjad pertama: ABCDEFGHI. Semoga ciri-ciri pekerja cemerlang ini ada pada kita semua - Corporate Training
Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri pekerja cemerlang berdasarkan sembilan abjad pertama: ABCDEFGHI. Semoga ciri-ciri pekerja cemerlang ini ada pada kita semua - Corporate Training.
Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri pekerja cemerlang berdasarkan sembilan abjad pertama: ABCDEFGHI. Semoga ciri-ciri pekerja cemerlang ini ada pada kita semua - Contact Us.

"Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.”  Aristotle