Artikel Motivasi, Pembangunan Diri, Kepimpinan & Kemahiran Pengurusan

Sabah, Malaysia Training Provider
Unleashing Growth, Mastering Challenges: 

UGMC is your catalyst for success!

Definisi, Pengertian & Maksud Motivasi

Oleh Taidin Suhaimin

Artikel motivasi ini  menjelaskan definisi, pengertian, dan maksud motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami.

Perkataan 'motivasi' telah menjadi sesuatu yang lazim sejak akhir kurun ke-20. Namun, sehingga kini, masih ramai yang kurang memahami maksud sebenar perkataan 'motivasi'.


Artikel motivasi ini bertujuan untuk menjelaskan definisi, pengertian, dan maksud motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami.


1. Motivasi Sebagai Pengarah Tuju dan Penggerak Tindakan

Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION". Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. 


Di dalam surat khabar, kerap pemberita menulis ayat "motif pembunuhan." Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan.


Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.

 

Oleh itu, kita boleh definisikan motivasi sebagai: 

Sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif.


2. Motivasi Sebagai Pendorong

Tujuan atau motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita. 


Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan seseorang itu malah bagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatkan. 

 

Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negara untuk mencapai apa sahaja matlamat yang telah ditetapkan. Jadi, dengan matlamat atau hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorang itu untuk berusaha mencapai matlamatnya.

 

Oleh itu, bolehlah kita buat kesimpulan di sini bahawa:

Motivasi ialah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa sahaja yang diinginkan.

(Definisi kedua saya di atas ada kesamaan sedikit dengan definisi pertama).

Artikel motivasi ini  menjelaskan definisi, pengertian, dan maksud motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami - The major components of motivation

3. Motivasi Sebagai Darjah Kesungguhan

Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai memberi kesan terhadap tahap kesungguhannya berusaha. Sungguhpun tempoh masa untuk mencapainya mungkin agak lama, tetapi jika apa yang dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap mempunyai keinginan atau kesungguhan untuk mencapai matlamatnya.

Oleh itu, bolehlah kita buat kesimpulan di sini bahawa:
Motivasi ialah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat.

4. Motivasi Sebagai Stimulator

Untuk menjelaskan maksud ini, mari kita hayati kisah berikut:


Seseorang lelaki dan wanita yang sedang saling amat cinta mencintai sehingga telah berjanji untuk hidup bersama, akan berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadi suami isteri walaupun menghadapi pelbagai halangan untuk berbuat demikian. Itulah sebabnya, ramai pasangan yang kita dengar pergi bernikah ke luar negara apabila ada halangan yang tidak membolehkan mereka mendapat sijil perkahwinan di dalam negara atas sebab halangan undang-undang. Seperti kata pepatah Melayu "Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih." 

Di sini dapatlah kita simpulkan bahawa:
Motivasi ialah suatu stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap sesuatu yang benar-benar diingini.

Artikel motivasi ini  menjelaskan definisi, pengertian, dan maksud motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami - Kundasang, Sabah

Kundasang - Terletak di Kaki Gunung Kinabalu - Gunung Tertinggi di Asia Tenggara - 13,455 Kaki

5. Motivasi Sebagai Pemangkin Keberanian

Untuk menjelaskan maksud ini, izinkan saya menceritakan sedikit pengalaman saya semasa kanak-kanak dahulu. Semasa saya baru berusia kira-kira 10 tahun, saya amat takut berada di tempat gelap, sebab takut akan "terjumpa hantu". Amalan di kampung saya terutamanya pada tahun-tahun 60an dan 70an adalah apabila seseorang ahli keluarga meninggal dunia, pada rumah orang yang meninggal dunia itu hendaklah ada orang yang tidak tidur atau berjaga sampai pagi, selama tujuh hari. Amalan ini dipanggil "modtudau."

Suatu hari, ada kematian di kampung saya. Masa itu, banyak cerita tentang "hantu bangkit" di tempat kelahiran saya (Kundasang, Ranau, Sabah - Kini Kundasang adalah sebuah pusat peranginan yang terkenal di rantau ini). Kerana minat "modtudau," saya tidak melepaskan peluang untuk "modtudau" bersama. 

Rumah kami jaraknya lebih kurang 500 meter dari rumah jiran kami yang ada kematian itu. Apabila malam semakin larut, saya mula rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa mahu sangat balik rumah. Waktu itu bekalan elektrik belum ada. Kerana takut terjumpa hantu, saya telah cuba mencari jika ada sesiapa yang mahu balik rumah mereka agar dapat menemani saya pulang, tetapi, nampaknya tidak ada seorangpun yang mahu pulang. 


Yang mahu pulang rumah, sudah pulang lebih awal. Yang tidak mahu pulang, ada yang sudah tidur atas lantai. Pada masa yang sama, saya juga malu minta tolong hantar pulang kerana saya pergi ke rumah jiran itupun sebenarnya tidak ada sesiapa yang menjemput. Ibu bapa saya pun tidak saya bagi tahu. Ingatkan ke situ sekejap sahaja. 


Oleh kerana rasa tak selesa tidur di rumah orang lain, dan takut pula dimarahi ibu bapa, saya terus memberanikan diri balik rumah seorang diri. Mula-mula jalan, OK - (takut juga tetapi masih terkawal). Sampai di pertengahan jalan, tiba-tiba saya terasa macam ada sesuatu di sebelah kiri saya - seperti lembaga hitam besar. 


Saya sangat terkejut dan takut. Apa lagi….. sayapun memecut lari seperti lipas kudung - sekuat-kuatnya untuk menyelamatkan diri ... badan dan mukapun rasa amat pucat dan sejuk, bulu roma pun naik! Taaakut sangat! Sampai rumah - dalam keadaan amat seram, saya berteriak.. AMAAAAAAAK IWANGAII ILO NONGOBOOONNN (Bahasa ibunda saya) atau MAAAK BUKA PINTUUUUU!!!. Terdengar suara ketakutan saya, mak saya cepat-cepat buka pintu! Mungkin masih berjaga - dan tak dapat tidur kerana risau tentang diri saya. Oleh kerana terlalu takut dan tercungap-cungap, ibu saya yang mungkin tadinya risau dan marah, cepat-cepat mententeramkan saya. 

 

Itulah salah satu daripada pengalaman-pengalaman saya semasa kanak-kanak yang saya tidak dapat lupakan; kerana teringin sangat balik rumah, dalam keadaan takut-takut pun tetap juga mahu pulang rumah, akhirnya memberanikan diri balik seorang diri walaupun dalam keadaan gelap dan ketakutan. 

Apa yang boleh saya rumuskan di sini berasaskan pengalaman saya itu adalah; apabila kita betul-betul dan benar-benar inginkan sesuatu, ketakutan atau kemalasan menjadi perkara kedua - mencapai matlamat akan menjadi perkara utama; keberanian, kerajinan dan ketekunan akan timbul.

Oleh itu, bolehlah kita simpulkan atau definisikan di sini bahawa:

Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang benar-benar diingini serta diyakini boleh dicapai/diperolehi. 

(Definisi kelima ini ada kesamaan sedikit dengan definisi keempat).

Artikel motivasi ini  menjelaskan definisi, pengertian, dan maksud motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami.
Artikel motivasi ini  menjelaskan definisi, pengertian, dan maksud motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami - Kursus Motivasi

Taidin Suhaimin sedang mengendalikan Program Motivasi di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia pada tahun 1994. 

Kritikan Terhadap Pendapat Tentang Motivasi

Ramai ahli psikologi yang menyatakan bahawa, apabila sesuatu matlamat sudah tercapai, ianya tidaklah berfungsi lagi sebagai pemotivasi. Ini kerana, bila yang diinginkan sudah tercapai, ia akan berpuas hati dan tidak lagi menjadi perangsang kepadanya; ianya tidak lagi menjadi sesuatu yang mendorong atau memotivasikan dirinya untuk terus berusaha mendapatkannya.


Saya agak kurang bersetuju dengan pendapat ini. Sesuatu yang dahulunya menjadi pemotivasi - sebelum kita miliki, sebenarnya masih berperanan sebagai pemotivasi. Misalnya, seorang yang sangat kepingin memiliki suatu kereta (mobil) idaman; cita-cita tercapai; walaupun membelinya secara ansuran, apakah apabila dengan sudah memiliki kereta idaman, kereta idaman itu tidak lagi menjadi salah satu pemotivasinya?


Pada hemat saya, ia masih tetap sebagai pemotivasi tetapi dalam bentuk lain. Misalnya, motivasi untuk memastikan kereta idamannya itu tetap bersamanya atau terus dimilikinya dengan membuat bayaran ansuran bulanannya secara konsisten.

Jadi, pendapat yang mengatakan "a satisfied need doesn't motivate", boleh dipertikaikan. A satisfied need, in actuality, still has its motivational functions. The motivational functions shall be: to nurture and sustain what is being possessed or held so long as they are needed.

Semoga definisi-definisi motivasi yang dipaparkan di atas itu dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam usaha anda memahami dengan lebih mudah makna atau erti perkataan motivasi. 

Terima kasih. Semoga kita semua sentiasa dalam keredhaan Allah.

Artikel motivasi ini  menjelaskan definisi, pengertian, dan maksud motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami - Training Courses by UGMC
Artikel motivasi ini  menjelaskan definisi, pengertian, dan maksud motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami. - Pengarang: Taidin Suhaimin
Taidin Suhaimin ialah Jurulatih Bertauliah HRD Corp Malaysia, Mentor Keusahawanan Bertauliah, Pengarang, dan Penceramah. 
Dengan pengalaman luas dalam Kemahiran Kepimpinan Diri, Pengurusan, dan Komunikasi Interpersonal, beliau telah menyampaikan program latihan dan ceramah kepada ribuan peserta dari lebih 250 organisasi di Asia Tenggara dan Timur Tengah sejak tahun 1994.
Artikel motivasi ini  menjelaskan definisi, pengertian, dan maksud motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami.
Artikel motivasi ini  menjelaskan definisi, pengertian, dan maksud motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami - Training Courses of UGMC
Artikel motivasi ini  menjelaskan definisi, pengertian, dan maksud motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami. - Contact Us
Artikel motivasi ini  menjelaskan definisi, pengertian, dan maksud motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami. - Uplifting Motivational Quote

"Kemampuan adalah apa yang anda boleh lakukan. Motivasi menentukan apa yang anda lakukan. Sikap pula menentukan bagaimana baik anda lakukannya." - Lou Holtz

Artikel motivasi ini  menjelaskan definisi, pengertian, dan maksud motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami - More Articles