Artikel Motivasi, Pembangunan Diri,
Kepimpinan & Kemahiran Pengurusan

Sabah, Malaysia Training Provider
Unleashing Growth, Mastering Challenges: 

UGMC is your catalyst for success!

Kunci Pengurusan Masa Cemerlang

Oleh Taidin Suhaimin

Rahsia Pengurusan Masa Cemerlang: Artikel Motivasi dan Pembangunan Diri oleh Penceramah/Pakar Motivasi Taidin Suhaimin, UGMC, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Artikel pengurusan masa berkesan ini menjelaskan kepentingan serta rahsia pengurusan masa cemerlang.

Rahsia Pengurusan Masa Cemerlang: Artikel Motivasi dan Pembangunan Diri oleh Penceramah/Pakar Motivasi Taidin Suhaimin, UGMC, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

"Maaf, saya sudah lambat ..."

"Jika saya masih ada masa sedikit lagi ..."

"Saya betul-betul minta maaf, saya terlalu banyak kerja ..."


Berapa banyak kali anda mendengar alasan-alasan atau kata-kata seperti di atas?


Berapa banyak kali anda mendengar pekerja-pekerja di pejabat, di rumah, di restoran atau di mana-mana sahaja bercakap mengenai masalah kekurangan masa?


Masa merupakan sumber yang unik. Setiap hari, dari sehari ke sehari, setiap orang mempunyai jumlah masa yang sama iaitu 24 jam; tidak lebih dan tidak kurang. Masa tidak dapat dikumpulkan; masa tidak dapat ditukar ganti; masa yang telah berlalu tidak akan kembali.


Apakah yang membezakan antara orang-orang yang berjaya dengan yang kurang berjaya? 


Albert E.N. Gray dalam eseinya "The Common Denominator of Success" menyatakan bahawa kejayaan yang dicapai oleh orang-orang yang berjaya bukannya kerana kerja kuat, nasib baik atau bijak dalam selok-belok perhubungan manusia walaupun semua itu adalah penting. 


Katanya:

"Orang yang berjaya mempunyai amalan membuat perkara yang orang gagal tidak suka melakukan." 


Apakah amalan-amalan orang berjaya itu?

Gray menyatakan bahawa faktor utama yang menjadi asas kejayaan orang-orang yang berjaya ialah mereka sentiasa mengukir amalan keberkesanan dalam hidup mereka. Mereka sentiasa menggunakan fikiran dan tenaga mereka untuk melakukan perkara-perkara yang paling utama, yang paling berfaedah, usaha yang memberikan pulangan maksimum.


Prinsip Pareto 20/80

Prinsip 20/80 sangat bertepatan dengan faktor di atas. Secara ringkasnya, menurut prinsip ini; untuk mencapai keberkesanan pada kadar (optimum) setiap hari, minggu, bulan, tahun atau dalam seumur hidup kita, kita hendaklah menumpukan perhatian/tindakan kita terhadap perkara-perkara atau tugasan-tugasan yang paling penting dahulu.


Prinsip ini telah diperkenalkan oleh Vilfredo Pareto, seorang ahli ekonomi Itali. Mengambil sempena namanya, prinsip ini juga dikenali sebagai Prinsip Pareto. Cara paling mudah untuk memahami prinsip keberkesanan ini ialah dengan mengambil misalan berikut:


Jika anda mempunyai 10 senarai tugasan/kerja pada hari ini dan anda dapat menumpu atau menyelesaikan 2 tugasan yang paling penting atau yang paling tinggi pulangannya maka pencapaian atau keberkesanan anda pada hari ini sudah pun 80%.


Jika rahsia pengurusan masa ini dapat anda jadikan sebagai prinsip serta amalan hidup anda, insya-Allah, anda adalah tergolong dalam kalangan orang-orang yang berkecapaian tinggi - amat berkesan, cemerlang dan berjaya! 

Rahsia Pengurusan Masa Cemerlang: Artikel Motivasi dan Pembangunan Diri oleh Penceramah/Pakar Motivasi Taidin Suhaimin, UGMC, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Rahsia Pengurusan Masa Cemerlang: Artikel Motivasi dan Pembangunan Diri oleh Penceramah/Pakar Motivasi Taidin Suhaimin, UGMC, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Taidin Suhaimin adalah seorang Jurulatih Bertauliah HRD Corp Malaysia, Mentor Keusahawanan, Pengarang dan Penceramah.


Beliau berpengalaman luas dalam menyampaikan program-program latihan dan ceramah-ceramah tentang Kemahiran Kepimpinan Diri & Kemahiran Pengurusan, Kemahiran Komunikasi Interpersonal serta Kemahiran Kepimpinan & Pengurusan Pasukan. 
Sejak tahun 1994, ribuan peserta daripada lebih  250 organisasi di Asia Tenggara dan Timur Tengah telah mengikuti program-program latihan dan ceramah beliau. 
Rahsia Pengurusan Masa Cemerlang: Artikel Motivasi dan Pembangunan Diri oleh Penceramah/Pakar Motivasi Taidin Suhaimin, UGMC, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Rahsia Pengurusan Masa Cemerlang: Artikel Motivasi dan Pembangunan Diri oleh Penceramah/Pakar Motivasi Taidin Suhaimin, UGMC, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Rahsia Pengurusan Masa Cemerlang: Artikel Motivasi dan Pembangunan Diri oleh Penceramah/Pakar Motivasi Taidin Suhaimin, UGMC, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

"Tumpukan semua pemikiran anda pada kerja. Sinaran matahari tidak membakar sehingga difokuskan." Alexander Graham Bell


"Aset terbesar anda adalah keupayaan anda menjana pendapatan. Sumber terbesar anda adalah masa anda." Brian Tracy