Artikel Motivasi, Pembangunan Diri,
Kepimpinan & Kemahiran Pengurusan

Sabah, Malaysia Training Provider
Unleashing Growth, Mastering Challenges: 

UGMC is your catalyst for success!

Pengertian, Kepentingan & Keajaiban Keyakinan Diri

Oleh Taidin Suhaimin

Pengertian Keyakinan Diri, Kepentingan Keyakinan Diri, Keajaiban Keyakinan Diri

Artikel motivasi ini memberikan pengertian atau definisi keyakinan diri, jenis-jenis keyakinan diri, sebab-sebab atau punca-punca, tanda-tanda ketidakyakinan diri seseorang serta keajaiban keyakinan diri.

Pengertian Keyakinan Diri, Kepentingan Keyakinan Diri, Keajaiban Keyakinan Diri

Pengertian/Definisi Keyakinan Diri

Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.


Kepentingan Meningkatkan Keyakinan Diri

Kebolehan anda mengatasi setiap halangan dalam kehidupan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda terhadap keupayaan diri anda, akan lebih berjaya anda, sesuai dengan kata-kata motivasi ini:


"Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah."


"Fikirkan anda boleh atau fikirkan anda tidak boleh, kedua-duanya adalah betul."


"Fikirkan hal-hal yang hebat, dan anda akan menjadi hebat."


"Seseorang itu adalah produk dari pemikirannya. Dia akan menjadi seperti apa yang dia fikirkan."


"Kejayaan datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin dan cemerlang."


4 Jenis Keyakinan 

4 jenis keyakinan utama yang perlu setiap kita miliki:



5 Punca Utama Kurang Keyakinan Diri 



Petanda-petanda Kurang Keyakinan Diri


KEAJAIBAN KEYAKINAN DIRI

Kisah Keyakinan Diri Joan of Arc amat menarik perhatian saya.


Joan of Arc pada umur 17 tahun, seorang penggembala kambing biri-biri yang miskin di Perancis, amat percaya yang ia telah mendapat ilham daripada Tuhan bahawa beliau harus mengetuai bala tentera Perancis untuk menentang tentera-tentera Inggeris yang amat sukar dikalahkan.


Tentera-tentera Perancis telah kehabisan idea tentang bagaimanakah lagi cara menepis serangan-serangan tentera-tentera Inggeris. Kerana terlalu kekalutan, mereka telah merayu kepada sesiapa sahaja di kalangan rakyat Perancis untuk tampil ke hadapan memberi idea tentang bagaimanakah  cara terbaik menentang tentera-tentera Inggeris.


Joan of Arc seorang gadis yang masih amat muda itu telah tampil ke hadapan dengan keyakinan yang begitu tinggi, berapi-api - amat yakin  seyakin-yakinnya! bahawa ia telah mendapat ilham dari Tuhan yang dia sahajalah yang dapat memimpin bala tentera Perancis untuk mengalahkan tentera-tentera Inggeris.


Keyakinannya yang sungguh kental dan mengagumkan itu telah memberi keyakinan dan harapan baru kepada pucuk pimpinan tentera Perancis. Beliau telah diberi tugas berat; mengepalai tentera Perancis yang sedang menghadapi kebuntuan itu! 


Keyakinan si gadis lidi yang tidak dapat dipertikaikan lagi itu telah menyemarakkan semangat seluruh tentera dan rakyat Perancis. Dengan keyakinan dan pimpinan Joan of Arc, mereka telah mendapat semangat, strategi dan tenaga baru untuk menyerang balas serta menggempur tentera-tentera Inggeris dengan strategi peperangan yang berbisa berserta keyakinan dan semangat juang yang tidak terperi tingginya!


Serangan yang diketuai gadis tersebut telah amat mengejutkan tentera-tentera Inggeris sehingga mereka hilang arah, kekuatan serta semangat walaupun jumlah mereka lebih ramai berbanding jumlah tentera-tentera Perancis. Mereka menjadi kelam-kabut dan bertempiaran!


Perancis meraih kemenangan besar!


Inilah bukti KEAJAIBAN keyakinan diri!


Joan of Arc dengan keyakinan yang begitu tinggi, berapi-api, amat yakin seyakin-yakinnya! bahawa ia telah mendapat ilham dari Tuhan yang dia sahajalah yang dapat memimpin bala tentera Perancis untuk mengalahkan tentera-tentera Inggeris!


Semoga pengertian atau definisi keyakinan diri, jenis-jenis keyakinan diri, sebab-sebab atau punca-punca, tanda-tanda ketidakyakinan diri seseorang serta keajaiban keyakinan diri yang telah diberikan dapat meningkatkan pengetahuan anda tentang konsep keyakinan diri.

Pengertian Keyakinan Diri, Kepentingan Keyakinan Diri, Keajaiban Keyakinan Diri
Pengertian Keyakinan Diri, Kepentingan Keyakinan Diri, Keajaiban Keyakinan Diri - Pengarang: Taidin Suhaimin
Taidin Suhaimin adalah seorang Jurulatih Bertauliah HRD Corp Malaysia, Mentor Keusahawanan, Pengarang dan Penceramah.
Beliau berpengalaman luas dalam menyampaikan program-program latihan dan ceramah-ceramah tentang Kemahiran Kepimpinan Diri & Kemahiran Pengurusan, Kemahiran Komunikasi Interpersonal serta Kemahiran Kepimpinan & Pengurusan Pasukan. 
Sejak tahun 1994, ribuan peserta daripada lebih  250 organisasi di Asia Tenggara dan Timur Tengah telah mengikuti program-program latihan dan ceramah beliau. 
Pengertian Keyakinan Diri, Kepentingan Keyakinan Diri, Keajaiban Keyakinan Diri
Pengertian Keyakinan Diri, Kepentingan Keyakinan Diri, Keajaiban Keyakinan Diri - Training Courses
Pengertian Keyakinan Diri, Kepentingan Keyakinan Diri, Keajaiban Keyakinan Diri - Contact Us.

"Percaya yang anda boleh dan anda sudah separuh jalan mencapai matlamat anda." Theodore Roosevelt