Program Latihan &
Pembangunan Korporat

Sabah, Malaysia Training Provider
Unleashing Growth, Mastering Challenges: 

UGMC is your catalyst for success!

Personal Leadership & Management Skills Training

Etika Kerja, Disiplin & Motivasi Pekerja Cemerlang

Jangka Masa Kursus: 2 Hari
Kursus Etika Kerja, Disiplin dan Motivasi Pekerja Cemerlang Sabah Malaysia

Pengenalan

Etika kerja, disiplin, dan motivasi pekerja-pekerja adalah antara faktor-faktor utama yang menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi.Oleh itu, usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti etika, disiplin serta motivasi setiap pekerja organisasi adalah amat penting agar mereka akan menjadi lebih berkesan, produktif dan cemerlang dalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Objektif Kursus

Kursus Etika Kerja,  Disiplin & Motivasi Pekerja Cemerlang ini telah diolah khusus untuk membantu peserta-peserta:
  • Meningkatkan kefahaman dan penghayatan mereka tentang konsep etika kerja serta kepentingan melaksanakan setiap tugas yang diamanahkan dengan cemerlang.
  • Memahami konsep dan impak paradigma terhadap sikap, keberkesanan diri serta interaksi dengan orang lain dan kaedah berkesan membuat anjakan paradigma.
  • Menanamkan sikap positif dan amalan proaktif pada setiap tindakan mereka agar mereka akan lebih cemerlang di tempat kerja.
  • Meningkatkan kualiti etika dan disiplin mereka dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
  • Meningkatkan tahap motivasi dan kecekalan diri dalam menghadapi cabaran kerjaya serta tuntutan tugas.
  • Mengenal pasti sikap-sikap dan amalan-amalan pekerja-pekerja berprestasi tinggi serta langkah-langkah berkesan menanamkan kualiti-kualiti tersebut pada diri mereka.

Topik Utama

  • KONSEP KEBERKESANAN & KECEMERLANGAN
  • MEMBINA PARADIGMA POSITIF & PEMIKIRAN BARU
  • MEMUPUK SIKAP POSITIF DI TEMPAT KERJA
  • MEMUPUK TABIAT PROAKTIF DI TEMPAT KERJA
  • MEMUPUK ETIKA KERJA & DISIPLIN CEMERLANG
  • MENINGKATKAN MOTIVASI DIRI & PRESTASI KERJA

Siapa Harus Hadir?

Kursus Etika Kerja, Disiplin & Motivasi Pekerja Cemerlang ini sesuai diikuti oleh semua peringkat kakitangan khususnya kakitangan-kakitangan sokongan serta mereka yang ingin meningkatkan lagi tahap etika kerja, motivasi diri serta prestasi kerja mereka.
Kursus Etika Kerja, Disiplin dan Motivasi Pekerja Cemerlang Sabah Malaysia
Kursus Etika Kerja, Disiplin dan Motivasi Pekerja Cemerlang oleh Penceramah Taidin Suhaimin, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Taidin Suhaimin adalah seorang Jurulatih Bertauliah HRD Corp Malaysia, Mentor Keusahawanan, Pengarang dan Penceramah.
Kursus Etika Kerja, Disiplin dan Motivasi Pekerja Cemerlang Sabah Malaysia
Kursus Etika Kerja, Disiplin dan Motivasi Pekerja Cemerlang Sabah Malaysia - Corporate Training
TESTIMONIAL"Saya sangat-sangat berpuas hati pada apa yang telah disampaikan oleh Encik Taidin dalam kursus selama 2 hari ini walaupun singkat tetapi mudah untuk saya fahami dan dapat membantu saya sebagai seorang ketua yang mantap. Terima kasih kepada Encik Taidin dan teruskan usaha anda. Terima kasih." - Mohd. Nor Bin Abdul Rahman, Financial Park (L) Sdn. Bhd.
Kursus Etika Kerja, Disiplin dan Motivasi Pekerja Cemerlang Sabah Malaysia - In-house training inquiry
In-House Training provides significant opportunities for members of your organization to focus on specific workplace issues.
If you have any inquiries or would like to book us for your next training event, please feel free to Contact Us, call us at 6 088 497141 or 6 016 8314696, or email us at ugmctraining@gmail.com
Kursus Etika Kerja, Disiplin dan Motivasi Pekerja Cemerlang Sabah Malaysia
Kursus Etika Kerja, Disiplin dan Motivasi Pekerja Cemerlang Sabah Malaysia - Testimonials
Kursus Etika Kerja, Disiplin dan Motivasi Pekerja Cemerlang - Sabah, Malaysia - Contact Us
Kursus Etika Kerja, Disiplin dan Motivasi Pekerja Cemerlang - Sabah, Malaysia - Uplifting Motivational Quote

"Disiplin adalah jambatan antara cita-cita dan pencapaian." — Jim Rohn

Kursus Etika Kerja, Disiplin dan Motivasi Pekerja Cemerlang Sabah Malaysia

Corporate Training Workshop, Conference Speaking, and Team Building Program Pictures